Search

Up to RM1bil in green financing available to Sarawak SMEs

KUCHING: Green financing amounting to RM1bil will be available to Sarawak SMEs to adopt sustainable practices. This comes after a memorandum of understanding (MOU) was signed by InvestSarawak, an agency under the state International Trade and Investment Ministry, the UN Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB) and Alliance Bank here on Friday (Nov 10). Deputy Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said the MOU would extend RM1bil in green financing for Sarawakian SMEs in sustainable-trade readiness and business resiliency towards environmental, social and governance (ESG) compliance.

InvestSarawak, UNGCMYB dan Alliance Bank metrai MoU RM1 bilion bantu pembiayaan hijau PKS – Awang Tengah

KUCHING, 10 Nov: Memorandum Persefahaman (MoU) di antara tiga pihak telah ditandatangani antara InvestSarawak, UN Global Compact Network Malaysia&Brunei (UNGCMYB) dan Alliance Bank Malaysia Berhad, untuk melanjutkan RM1 bilion dalam skim pembiayaan hijau untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata bantuan bernilai RM1 bilion itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan perdagangan mampan kumpulan sasar. “Dengan bekerjasama dengan pihak yang betul seperti UNGCC, ditambah dengan sokongan institusi kewangan seperti Alliance Banks, kita (Kerajaan Sarawak) boleh menyediakan peralihan yang lancar untuk PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi kami,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Pengenalan Program Pembiayaan dan Pembangunan Inklusif Iklim, di sini, pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau meyakini InvestSarawak akan terus membangun sekali gus mempromosikan lebih banyak inisiatif untuk memanfaatkan PKS selepas ini. Hasrat itu menurut harapan beliau agar Sarawak dapat membina rantaian bekalan yang kukuh dan berdaya tahan yang bukan sahaja bertaraf dunia, tetapi mampan dalam semua aspek. Terdahulu, Kementerian Perdangangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak itu mendedahkan sehingga September, Kerajaan Sarawak telah meluluskan pelaburan bernilai RM 11.3 bilion untuk sektor pembuatan. Sementara, MoU itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timothy Ong, Pengarah Eksekutif UNGCC, Faroze Nadar dan Ketua Kumpulan Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Bank Alliance Malaysia, Dr Aaron Sum Wei Wern. Hadir sama Penasihat MINTRED, Datuk Naroden Majais dan Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron.– TVS

Datuk Amar Awang Tengah Saksikan Pemeteraian MoU Antara InvestSarawak, Alliance Bank & UNGCMYB

Datuk Amar Awang Tengah Saksikan Pemeteraian MoU Antara InvestSarawak, Alliance Bank & UNGCMYB KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah hadir menyaksikan upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat. Pemeteraian MoU tersebut melibatkan tiga organisasi iaitu InvestSarawak, Alliance Bank dan Rangkaian Padat Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia – Brunei (UNGCMYB). Datuk Amar Awang Tengah dalam ucapan ringkasnya berkata, perjanjian MoU antara ketiga-tiga organisasi tersebut adalah untuk menyediakan Sarawak untuk mencapai pemerdagangan antarabangsa yang mampan pada masa hadapan. “MoU ini ditandatangani untuk melanjutkan pembiayaan berjumlah RM1 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak dalam kesediaan perdagangan mampan dan daya tahan perniagaan terhadap pematuhan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang baik antara SarawakInvest, Alliance Bank dan UNGCMYB,” jelas beliau. Beliau menambah kerjasama ini amat penting bagi memperkasakan lagi PKS Sarawak yang merupakan salah satu tunjang ekonomi utama di negeri ini. “Dengan bekerjasama dengan pihak yang betul seperti UNGCMYB ditambah dengan sokongan Institusi Kewangan seperti Alliance Bank, kami boleh menyediakan peralihan yang lancar untuk PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi kita,” tambah beliau lagi. Dalam perkembangan yang sama, Datuk Amar Awang Tengah turut memberi jaminan bahawa InvestSarawak akan terus membangunkan dan mempromosikan lebih banyak inisiatif seumpama ini bagi memberi manfaat kepada PKS dan perniagaan tempatan di negeri ini bagi memastikan Sarawak dapat membina rantaian bekalan yang kukuh dan berdaya tahan yang bukan sahaja bertaraf dunia tetapi mampan dalam semua aspek. Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak Timothy Ong, Pengarah Eksekutif UNGCMYB Faroze Nadar dan tetamu-tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS #UKASnews #ukas5yo #SaluranInformasiRakyat #SarawakMajuMakmur