Search

Datuk Amar Awang Tengah Saksikan Pemeteraian MoU Antara InvestSarawak, Alliance Bank & UNGCMYB

Datuk Amar Awang Tengah Saksikan Pemeteraian MoU Antara InvestSarawak, Alliance Bank & UNGCMYB

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah hadir menyaksikan upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat.

Pemeteraian MoU tersebut melibatkan tiga organisasi iaitu InvestSarawak, Alliance Bank dan Rangkaian Padat Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia – Brunei (UNGCMYB).

Datuk Amar Awang Tengah dalam ucapan ringkasnya berkata, perjanjian MoU antara ketiga-tiga organisasi tersebut adalah untuk menyediakan Sarawak untuk mencapai pemerdagangan antarabangsa yang mampan pada masa hadapan.

“MoU ini ditandatangani untuk melanjutkan pembiayaan berjumlah RM1 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak dalam kesediaan perdagangan mampan dan daya tahan perniagaan terhadap pematuhan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang baik antara SarawakInvest, Alliance Bank dan UNGCMYB,” jelas beliau.

Beliau menambah kerjasama ini amat penting bagi memperkasakan lagi PKS Sarawak yang merupakan salah satu tunjang ekonomi utama di negeri ini.

“Dengan bekerjasama dengan pihak yang betul seperti UNGCMYB ditambah dengan sokongan Institusi Kewangan seperti Alliance Bank, kami boleh menyediakan peralihan yang lancar untuk PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi kita,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Amar Awang Tengah turut memberi jaminan bahawa InvestSarawak akan terus membangunkan dan mempromosikan lebih banyak inisiatif seumpama ini bagi memberi manfaat kepada PKS dan perniagaan tempatan di negeri ini bagi memastikan Sarawak dapat membina rantaian bekalan yang kukuh dan berdaya tahan yang bukan sahaja bertaraf dunia tetapi mampan dalam semua aspek.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak Timothy Ong, Pengarah Eksekutif UNGCMYB Faroze Nadar dan tetamu-tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS

#UKASnews

#ukas5yo

#SaluranInformasiRakyat

#SarawakMajuMakmur