Search

InvestSarawak, UNGCMYB dan Alliance Bank metrai MoU RM1 bilion bantu pembiayaan hijau PKS – Awang Tengah

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga dari kanan) merakam kenangan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU di antara Rangkaian Kompak Ekonomi Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB), Bank Alliance Malaysia dan InvestSarawak hari ini.

KUCHING, 10 Nov: Memorandum Persefahaman (MoU) di antara tiga pihak telah ditandatangani antara InvestSarawak, UN Global Compact Network Malaysia&Brunei (UNGCMYB) dan Alliance Bank Malaysia Berhad, untuk melanjutkan RM1 bilion dalam skim pembiayaan hijau untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata bantuan bernilai RM1 bilion itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan perdagangan mampan kumpulan sasar.

Tambahan RM1 bilion kepada PKS Sarawak | TVS

“Dengan bekerjasama dengan pihak yang betul seperti UNGCC, ditambah dengan sokongan institusi kewangan seperti Alliance Banks, kita (Kerajaan Sarawak) boleh menyediakan peralihan yang lancar untuk PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Pengenalan Program Pembiayaan dan Pembangunan Inklusif Iklim, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau meyakini InvestSarawak akan terus membangun sekali gus mempromosikan lebih banyak inisiatif untuk memanfaatkan PKS selepas ini.

Hasrat itu menurut harapan beliau agar Sarawak dapat membina rantaian bekalan yang kukuh dan berdaya tahan yang bukan sahaja bertaraf dunia, tetapi mampan dalam semua aspek.

Terdahulu, Kementerian Perdangangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak itu mendedahkan sehingga September, Kerajaan Sarawak telah meluluskan pelaburan bernilai RM 11.3 bilion untuk sektor pembuatan.

Sementara, MoU itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timothy Ong, Pengarah Eksekutif UNGCC, Faroze Nadar dan Ketua Kumpulan Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Bank Alliance Malaysia, Dr Aaron Sum Wei Wern.

Hadir sama Penasihat MINTRED, Datuk Naroden Majais dan Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron.– TVS